BAB
1
Setiap cinta ada
ceritanya sendiri
Di petang yang hening, dibuai
angin laut yang sepoi-sepoi bahasa menghembus ke muka aku memberi ketenangan
yang telah lama hilang. Jauh dari kesibukan kota metropolitan yang tak pernah
kenal erti tidur . Aku leka memerhatikan kanak-kanak bermain di gigi air,ada
yang sibuk membina istana pasir, mencari cengkerang dan bermain layang-layang
yang di beli di gerai yang di jual di
pusat peranginan ini. Di kala aku leka memerhatikan semua itu, mata aku tertangkap
sepsang suami isteri yang sedang berjalan di gigi air sambil berpegang
tangan.Rasa sebak meneyelubungi diri,walau 2 tahun berlalu , kisah tersebut
masih panas ,darah luka masih lagi mengalir.
“Mulai saat ini
aku tak nak tengok muka kau lagi! aku benci kau! aku jijik tengok muka kau !
apatah lagi nak sentuh kau. Kau tak ubah seperti pelacur jalanan .Aku tak
sangka perempuan yang aku kawini ,cintai sepenuh hati aku seorang yang jijik!
Kotor! Kau cermin diri kau!’ Sambil
mengheret tubuh aku yang lemah setelah
di pukul dan disepak tanpa belas kasihan. . Libasan tali pinggang melekat di
kulit tanpa sedikit pun menimbulkan perasaan bersalah. Di lekapkan muka aku ke
cermin dinding yang besar . Air mata
mengalir tanpa henti, kulit terasa sakit tidak aku hiraukan kerana kata-kata
kesat yang di lemparkan oleh seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung
lebih menyakitkan aku.
“Mulai saat ini aku gantung kau tak bertali. Puas hati
aku. Dan aku akan pastikan tiada seorang pun lelaki diluar sana yang sudi melihat
muka kau apatah lagi menyentuh kau. Gambar bogel kau ni akan aku sebarkan di
internet. Hahahahahah itu yang kau nak kan…kejar glamour .K au memeg tak sedar
diri.perempuan kampung.hey! kau dengar sini kalau bukan sebab aku yang kawin
dengan kau belum tentu lagi ada orang lelaki yang nak kat kau! Dasar perempuan
tak sedar diri!” Sambil melepaskan
rambut aku.
Aku
menangis,pipi dan biir yang mulut yang terasa sakit tidak dihiraukan. “ Abang
sampai hati abaang menghina saya sampai mcam tu sekali. Saya tak pernah curang
dengan abang. Itu bukan gambar saya. Saya tak kenal pun lelaki tu. Saya tak
pernah tidur dengan mana- mana lelaki selain abang. Saya tak pernah masuk hotel
dengan lelaki lain. Kenapa begitu senang abang menuduh saya. Apa abang dah tak
menegnali saya.3 Tahun kita bersama, apa abang masih tak mengenalai siapa
isteri abang.”
“Cukup! “Pangg!!
Sekali lagi muka aku ditampar tanpa belas kasihan.
“ Aku tak nak
dengar lasan bodoh kau! Selama ni aku pekak kan telinga bila Suzane bagi tahu
aku pasal kau.Tapi hari ini sewmua dah terbukti jelas. Dan gambar ini sebagai
buktinya” .
Aku lihat Suzane
tersenyum sinis sebaik saja aku di tampar untuk sekian kalinya. Aku tak berdaya lagi untuk berkata apa-apa
lantran bibir aku terasa sakit sangat akibat tamparan itu. Dan tidak lama
kemudian badan aku di heret keluar dari rumah seperti binatang. Baju aku di
lemparkan semua keatas badan aku.
“ Kau berambus
dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi dan aku haramkan kau jejak kaki
jijik kau ke dalam rumah aku lagi.” Pang! Pintu rumah di hempas kuat. Terhenjut
bahu aku mendengar bunyi pintu yang di hempas dengan kuat. Ya Allah dimana aku
mahu berlindung untuk malam ini. Bantulah aku. Berdoa aku didalam hati agar aka
nada hamba Allah s.w.t yang menolong aku. Aku mengutip kesemua baju- baju aku
yang di lemparkan tadi .Aku memandang kosong kea rah rumah yang telah memberi
banyak kenangan kepada aku dan aku perlahan-perlahan
memandu kereta keluar.
“Eh kau ni kau dengar taka apa kau cakap ni
farah.”
yes! itulah nama
samaran aku setelah nama penuh aku Nurfarah Aini disingkatkan .Dan yang
memanggil aku tadi adalah rakan baik aku Shila atau dengan nama sebenaranya
Shila Ainnur dan sekarang aku tinggal berdua dengan dia setelah aku di halau
oleh suami aku.. Mohd Ezmiel Harith Tan sri Khalid. Hidup seperti orang yang
tiada suami sedangkan hakikatnya aku seorang isteri.
“Wei kau ni dah
kenapa ? Monyok jer muka macam buah mangga masam.”
‘Amboi- amboi
sedapnya kau mengata aku ye cik Shila.”
Sambil aku membulatkan mata aku yang sememangnya besar.
“Hahahahaha …kau
tak payah lah buat macam tu…dah macam burung hantu aku tengok”jawab Shila
sambil berlari tinggalkan aku.
“Shila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Siap kau aku kerjakan. Sempat lagi aku
kau mengutuk aku.
Setelah selesai
aku membersihkan diri dan menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa. Aku bersiap
untuk keluar mencari makanan .Dan bila aku berpaling aku melihat Shila masih
lagi enak di buai mimpi. Biasalah ABC katakan. Inilah satu perangai dia yang
aku tak suka sempat lagi tidur walau dah waktu Maghrib.
“Shila
bangunlah. Dah pukul 8: 15 malan ini. Perut aku dah macam-macam bunyi yang
keluar ni.” Ujar aku sambil menarik tangan
Shila supaya bangun. Kalau sekadar bunyi mulut memang tak jadi sebab
minah ni seorang yang liat nak bangun. Pernah sekali masa kuliah dulu, aku
simbah air satu baldi atas dia kerana liat nak bangun. Puas dikejutkan tapi tak
juga bangun. Bila terkena satu baldi air, apa lagi macam orang terkena kejutan
elektrik bangun sambil terjerit “Banjir-banjir,cepat kemas barang,nanti hanyu!”
hahahahaha mungkin mimpi tidur kat kamung kot. Ala maklumlah rumah Shila selalu banjir bila musim tengkujuh.
“Yela yela aku
bangunlah ni. Kacau je la kau ni. Aku baru nak bermimpi kawin dengan anak
raja.” bebel Shila sambil menghentak
kaki menuju bilik air. Aku menggeleng melihat kelakuan dia…tp itulah yang
membuatv ku serasi sebab aku pun perangai gila-gila bila dah kembali bujang
walau bukan dalam erti kata sebenar.
“Mak aii
ramainya orang. Dah tak ada meja kosong ke untuk kita ni Farah”. Tanya Shila
sambil aku meninjau meja kosong di dalam restoran yang ada .
“Ni semua salah
kau. Tidur tak ingat dunia. Tak tahu masa. Aku dah la lapar..macam- macam irama
perut aku duk bergendang dari
tadi. Dah la mandi pun lama. Bersiap lagi la macam orang nak pergi dating .
“Ala kau ni,
sorry la aku tak sengaja la. Sorry erk.. Kau tunggu sini sekejap aku nak pergi
tanya pelayan tu. Mana lah tahu kot kot ada lagi meja kosong. “ Ujar Shila
sambil berlalu pergi menuju kea rah pelayan.
Aku memerhatikan
Shila bercakap dengan pelayan tersebut dan tak lama kemudian aku melihat Shila
menuju ke arah aku. Pelayan tersebut menunjuk kan kami meja kosong yang
terletak di luar restoran yang mana pemandangannya mengadap ke arah laut. Aku
dan Shila memerhatikan suasana malam di restoran berkenaan dengan bulan purnama
yang dikelilingi bintang yang bersinar menambah kecantikan malam.
“Assalamualaikum, Miss .This is Our menu.”
Ujar pelayan tersebumemebri buku menu
sambil tersenyum. Aku menyambut huluran buku menu tersebut sambil
membalas senyuman pelayan tersebut.Senyum itukan sedekah.
“Wei, Farah kau
nak order apa ek? Banyk menu kat sini
semua Nampak sedap-sedap je..” Tanya Shila sambil membelek buku menu tersebut.
“Why not kita makan yang dalam pakej ni.
Nampak murah. Siap ada pencuci mulut lagi.” Jawab aku sambil menunjukkan pakej
makanan yang tertera di dalam buku menu tersebut.
“Boleh jugak.
Ada 4 menu lauk pilihan,2 nasi putih dan 2 pilihan minuman serta 1 pinggan
buah-buahn sebagai pencuci mulut.” Baca Shila sambil mengangguk setuju dengan
cadangan aku. Jadi aku dengan Shila memutuskan untuk memesan tomyam, daging
masak merah, sayur kalian ikan masin dan ikan bawal masam manis .Dan untuk air
aku memesan air bandung 3 layer siap aiskrim yang menjadi kegemaran aku
sementara Shila memesan Air coconut shake yang atasnya di taburkan dengan cip
coklat dan aiskrim. Sambil menunggu makanan sampai aku dan Shila melayan media
social melalui tab yang dibawa. Apa lagi kalau bukan Facebook dan Twitter.
“Alhamdulillah”
ucap kami berdua sambil ketawa selepas sendawa kerana terlalu kenyang bila
terpaksa menghabiskan makanan yang begitu banyak di atas meja. Sebaik saja
selesai membuat pembayaran kami berlalu pergi balik ke bilik penginapan.
Sambil menunggu
mata untuk terlelap aku berbincang dengan Shila tempat yang ingin di tuju serta
aktiviti yang ingin di lakukan esok pagi. Tapi Lain yang aku tanya lain pulak
yang keluar dari mulut Shila.
“ Apasal tadi
aku nampak kau monyok je,sedih semacam je aku tengok.” Usul Shila yang mula
membuat sikap kewartawanan yang tak bertauliah. Walaupun pun macam tu aku tahu
dia mengambil berat pasal aku setelah apa yang terjadi 2 tahun yang lepas.
“Aku ok la. Tak
ada apa- apa pun”.Tingkah aku seraya menafikan soalan Shila.
“Kau jangan tipu
aku la. Aku dah lama kenal kau. Kalau kau tak ada masalah kau takkan monyok
macam tadi. Aku pot pet dengan kau bercerita pasal mamat sengal yang tak habis
–habis kacau aku, kau boleh mengelamun jauh. Kau teringat dekt dia lagi?
Udah-udah la Farah. Lelaki macam tu tak perlu kau nak ingat. Bencilah aku!”
ujar Shila sambil membuat mimik muka meluat.Tergelak aku tengok macam kera kena
belacan .
“Betul aku ok.
Eh nama apa dah mamat yang selalu kacau kau tu?’ tanya aku cuba menukar topik
perbualan kami.
“ Hisyam
.Kenapa? Kau nak? Boleh jugak aku
kenekan kau dengan dia. Selamat la aku.”
“Boleh tahan
jugak idea gila kau ni erk minah. Tak nak aku!Kau la ambil. Apa salahnya . Kau
tu single lagi. Sampai bila kau nak
hidup membujang. Yang dah pergi takkan kembali..Aku yakin dia pun tak nak kau
sedih.”cadang aku.
Fazrul seoarng
lelaki yang berjaya mencuri hati Shila sewaktu belajar di university dahulu
tapi sayang jodoh mereka tak panjang apabila Fazrul pergi menemui pencipta
dengan kematian mengejut. Dan selepas itu Shila tidak lagi mencintai mana- mana
lelaki sehinggalah sekarang.
“Bukan sebab tu
lah senget !Kau ni. Aku dah dapat terima kenyataan yang dia bukan jodoh aku.
Tapi aku tak suka si Hisyam ni. Tiap-tiap hari hantar bunga, bila aku sampai je
kat meja terus nampak bunga. Satu office dah kecoh kau tahu. Malu aku! Mana aku
nak letak muka ni. Aku rimas tau tak! Mana aku pergi ada ja muka dia. Nasib
baik lah aku datang bercuti kat sini dia tak tahu. Kalau dia tahu, buatnya dia
ikut sekali datang sini tak ke aku berkurung dalam bilik ja. Jadi katak bawah
tempurung.”
#### Please tinggakan komen anda supaya saya dapat membaiki kelemahan penulisan saya ###