Nuffnang ads

Saturday, 23 August 2014

Dunia akhir zaman

InstagramDunia akhir zaman?ya!...bila kiamat akan tiba?aku tidak tahu..bila last taubat diterima?xtahu...aku bukan manusia sempurna.aku manusia penuh dgn noda...tapi aku terkesan apa yang berlaku sekarang...sabah diserang,mh370 hilang tanpa jejak,negara islam diserang tanpa belas kasihan.ramai yang terkorban.dan sekrang Malaysia, MH17 ditempak jatuh semua menggl dunia..apa motif? tapi pernah ke kita semua berfikir apa sebab semua ni?apa maksud tersirat?aku hany mampu fikir 3 sebab...tapi aku hanya mampu meluahkan 2 kerna y ke 3 aku tak snggup...cnth peristawa y mnyayt hati nahs MH17..

Pesawat ditembak jatuh?sebab...tidak tahu...ya aku ingin tahu tapi bila?di dunia ?tidak! jwpn sebenar tidak akn muncul sehingga di padang mahsyar. mereka pergi mengglkan family,dunia ni dlm kedaan yang menyayat hati,anggota bdn bercerai,terbkar,tersiksa krn bom sblm jatuh ke bumi seperti hujan.

Kenapa begitu trgis skli saat diaorg mnnnglkan kita?apa sebabnya?

Ya kun faa yaa kun!tiada siapa mampu melawan.tp kenapa dlm kedaan yang tragis?pertama, adakah ia sebgai peringtan kepda kita yang masih hidup agar berubah ke arah kebaikan sebelum menutup mata.

Kedua,adakah ia ujian kita agar tidak menundg jari kpd org len bila ditmpa musibah,tp sebliknya muhasabah diri....PM.kamu pemimpin negara,sebuah negra Islam...tapi kenapa kamu masih membenarkan kelab maksiat msih berjalan?pkaian pramugari yang menddhkan aurat . sejak MH370 ramai bersuara agar diubah kearah muslimah. menutup aurat.maknan dan minuman..cukuplah2 menghidgkan y haram walaupun kpd non-muslim..jgn dibimbang dan takut akan boikot manusia jika tiada mnumn haram tu...kerana boikot manusia tak kemana tapi kemarahn Allah yang perlu diambil kira. Hentikanlah melluskan lesen perjudian ,kelab2 malam.kedai arak. disini,di dunia akan dipuji dan dikeji...tapi yang haram tetap haram.bkn saja perkara ini...tp dalam kehidupan sharian,dlm pekerjaan...carilah keberktan..bkn kepujian didunia sdgkan diakhrat dikeji.. pm tegas lah untuk membaiki rakyat mu kearah islamik sebelum terlambat...saudara ku..sama- sama kita perbaiki diri. Agar bila tb saatnya kita pergi dgn tenang,dlm keadaan baik,dan yang pentg dlm islam n bebas dri dosa.

Kepada keluarga mangsa nahas,sekalung takziah diucapkan ,dan sabarlah kerana mase mereka sudah tiba,kita yang hidup terus lah kumpul saham sambil sedekahkan kpd mereka. Redhalah agar mereka pergi dgn tenang.

Syahid?ya!mereka syahid!alhamdulillah walaupun dalam tragis y menyedihkan hati tp gembiralah mereka syahid dgn kehendak Allah Yang Maha Esa.
Sama-lah kita tingkatkan amal perbaiki diri,carilah peluang,kejarlah peluang untul amal ibadat selagi roh dikandung badan.insyaAllah syurga Firdaus akan kita jejaki dgn mudah...amin..

Wednesday, 11 June 2014

MAAFKAN AKU


BAB 1






Setiap cinta ada ceritanya sendiri

Di petang yang hening, dibuai angin laut yang sepoi-sepoi bahasa menghembus ke muka aku memberi ketenangan yang telah lama hilang. Jauh dari kesibukan kota metropolitan yang tak pernah kenal erti tidur . Aku leka memerhatikan kanak-kanak bermain di gigi air,ada yang sibuk membina istana pasir, mencari cengkerang dan bermain layang-layang yang di beli di gerai yang di jual  di pusat peranginan ini. Di kala aku leka memerhatikan semua itu, mata aku tertangkap sepsang suami isteri yang sedang berjalan di gigi air sambil berpegang tangan.Rasa sebak meneyelubungi diri,walau 2 tahun berlalu , kisah tersebut masih panas ,darah luka masih lagi mengalir.

“Mulai saat ini aku tak nak tengok muka kau lagi! aku benci kau! aku jijik tengok muka kau ! apatah lagi nak sentuh kau. Kau tak ubah seperti pelacur jalanan .Aku tak sangka perempuan yang aku kawini ,cintai sepenuh hati aku seorang yang jijik! Kotor! Kau cermin diri kau!’  Sambil mengheret tubuh  aku yang lemah setelah di pukul dan disepak tanpa belas kasihan. . Libasan tali pinggang melekat di kulit tanpa sedikit pun menimbulkan perasaan bersalah. Di lekapkan muka aku ke cermin dinding  yang besar . Air mata mengalir tanpa henti, kulit terasa sakit tidak aku hiraukan kerana kata-kata kesat yang di lemparkan oleh seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung lebih menyakitkan aku.

“Mulai  saat ini aku gantung kau tak bertali. Puas hati aku. Dan aku akan pastikan tiada seorang pun lelaki diluar sana yang sudi melihat muka kau apatah lagi menyentuh kau. Gambar bogel kau ni akan aku sebarkan di internet. Hahahahahah itu yang kau nak kan…kejar glamour .K au memeg tak sedar diri.perempuan kampung.hey! kau dengar sini kalau bukan sebab aku yang kawin dengan kau belum tentu lagi ada orang lelaki yang nak kat kau! Dasar perempuan tak sedar diri!”  Sambil melepaskan rambut aku.

Aku menangis,pipi dan biir yang mulut yang terasa sakit tidak dihiraukan. “ Abang sampai hati abaang menghina saya sampai mcam tu sekali. Saya tak pernah curang dengan abang. Itu bukan gambar saya. Saya tak kenal pun lelaki tu. Saya tak pernah tidur dengan mana- mana lelaki selain abang. Saya tak pernah masuk hotel dengan lelaki lain. Kenapa begitu senang abang menuduh saya. Apa abang dah tak menegnali saya.3 Tahun kita bersama, apa abang masih tak mengenalai siapa isteri abang.”

“Cukup! “Pangg!! Sekali lagi muka aku ditampar tanpa belas kasihan.

“ Aku tak nak dengar lasan bodoh kau! Selama ni aku pekak kan telinga bila Suzane bagi tahu aku pasal kau.Tapi hari ini sewmua dah terbukti jelas. Dan gambar ini sebagai buktinya” .

Aku lihat Suzane tersenyum sinis sebaik saja aku di tampar untuk sekian kalinya.  Aku tak berdaya lagi untuk berkata apa-apa lantran bibir aku terasa sakit sangat akibat tamparan itu. Dan tidak lama kemudian badan aku di heret keluar dari rumah seperti binatang. Baju aku di lemparkan semua keatas badan aku.
“ Kau berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi dan aku haramkan kau jejak kaki jijik kau ke dalam rumah aku lagi.” Pang! Pintu rumah di hempas kuat. Terhenjut bahu aku mendengar bunyi pintu yang di hempas dengan kuat. Ya Allah dimana aku mahu berlindung untuk malam ini. Bantulah aku. Berdoa aku didalam hati agar aka nada hamba Allah s.w.t yang menolong aku. Aku mengutip kesemua baju- baju aku yang di lemparkan tadi .Aku memandang kosong kea rah rumah yang telah memberi banyak kenangan kepada aku dan aku  perlahan-perlahan memandu kereta keluar.

“Eh  kau ni kau dengar taka apa kau cakap ni farah.”

yes! itulah nama samaran aku setelah nama penuh aku Nurfarah Aini disingkatkan .Dan yang memanggil aku tadi adalah rakan baik aku Shila atau dengan nama sebenaranya Shila Ainnur dan sekarang aku tinggal berdua dengan dia setelah aku di halau oleh suami aku.. Mohd Ezmiel Harith Tan sri Khalid. Hidup seperti orang yang tiada suami sedangkan hakikatnya aku seorang isteri.

“Wei kau ni dah kenapa ? Monyok jer muka macam buah mangga masam.”

‘Amboi- amboi sedapnya kau mengata aku ye cik Shila.”  Sambil aku membulatkan mata aku yang sememangnya besar.

“Hahahahaha …kau tak payah lah buat macam tu…dah macam burung hantu aku tengok”jawab Shila sambil berlari tinggalkan aku.

“Shila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Siap kau aku kerjakan.  Sempat lagi aku kau mengutuk aku.

Setelah selesai aku membersihkan diri dan menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa. Aku bersiap untuk keluar mencari makanan .Dan bila aku berpaling aku melihat Shila masih lagi enak di buai mimpi. Biasalah ABC katakan. Inilah satu perangai dia yang aku tak suka sempat lagi tidur walau dah waktu Maghrib.

“Shila bangunlah. Dah pukul 8: 15 malan ini. Perut aku dah macam-macam bunyi yang keluar ni.” Ujar aku sambil menarik tangan  Shila supaya bangun. Kalau sekadar bunyi mulut memang tak jadi sebab minah ni seorang yang liat nak bangun. Pernah sekali masa kuliah dulu, aku simbah air satu baldi atas dia kerana liat nak bangun. Puas dikejutkan tapi tak juga bangun. Bila terkena satu baldi air, apa lagi macam orang terkena kejutan elektrik bangun sambil terjerit “Banjir-banjir,cepat kemas barang,nanti hanyu!” hahahahaha mungkin mimpi tidur kat kamung kot. Ala maklumlah rumah  Shila selalu banjir bila musim tengkujuh.

“Yela yela aku bangunlah ni. Kacau je la kau ni. Aku baru nak bermimpi kawin dengan anak raja.” bebel  Shila sambil menghentak kaki menuju bilik air. Aku menggeleng melihat kelakuan dia…tp itulah yang membuatv ku serasi sebab aku pun perangai gila-gila bila dah kembali bujang walau bukan dalam erti kata sebenar.

“Mak aii ramainya orang. Dah tak ada meja kosong ke untuk kita ni Farah”. Tanya Shila sambil aku meninjau meja kosong di dalam restoran yang ada .

“Ni semua salah kau. Tidur tak ingat dunia. Tak tahu masa. Aku dah la lapar..macam- macam irama perut aku duk bergendang dari tadi. Dah la mandi pun lama. Bersiap lagi la macam orang nak pergi dating .

“Ala kau ni, sorry la aku tak sengaja la. Sorry erk.. Kau tunggu sini sekejap aku nak pergi tanya pelayan tu. Mana lah tahu kot kot ada lagi meja kosong. “ Ujar Shila sambil berlalu pergi menuju kea rah pelayan.

Aku memerhatikan Shila bercakap dengan pelayan tersebut dan tak lama kemudian aku melihat Shila menuju ke arah aku. Pelayan tersebut menunjuk kan kami meja kosong yang terletak di luar restoran yang mana pemandangannya mengadap ke arah laut. Aku dan Shila memerhatikan suasana malam di restoran berkenaan dengan bulan purnama yang dikelilingi bintang yang bersinar menambah kecantikan malam.

“Assalamualaikum, Miss .This is Our menu.” Ujar pelayan tersebumemebri buku menu  sambil tersenyum. Aku menyambut huluran buku menu tersebut sambil membalas senyuman pelayan tersebut.Senyum itukan sedekah.

“Wei, Farah kau nak order apa ek? Banyk menu kat sini semua Nampak sedap-sedap je..” Tanya Shila sambil membelek buku menu tersebut.

Why not kita makan yang dalam pakej ni. Nampak murah. Siap ada pencuci mulut lagi.” Jawab aku sambil menunjukkan pakej makanan yang tertera di dalam buku menu tersebut.

“Boleh jugak. Ada 4 menu lauk pilihan,2 nasi putih dan 2 pilihan minuman serta 1 pinggan buah-buahn sebagai pencuci mulut.” Baca Shila sambil mengangguk setuju dengan cadangan aku. Jadi aku dengan Shila memutuskan untuk memesan tomyam, daging masak merah, sayur kalian ikan masin dan ikan bawal masam manis .Dan untuk air aku memesan air bandung 3 layer siap aiskrim yang menjadi kegemaran aku sementara Shila memesan Air coconut shake yang atasnya di taburkan dengan cip coklat dan aiskrim. Sambil menunggu makanan sampai aku dan Shila melayan media social melalui tab yang dibawa. Apa lagi kalau bukan Facebook dan Twitter.

“Alhamdulillah” ucap kami berdua sambil ketawa selepas sendawa kerana terlalu kenyang bila terpaksa menghabiskan makanan yang begitu banyak di atas meja. Sebaik saja selesai membuat pembayaran kami berlalu pergi balik ke bilik penginapan.

Sambil menunggu mata untuk terlelap aku berbincang dengan Shila tempat yang ingin di tuju serta aktiviti yang ingin di lakukan esok pagi. Tapi Lain yang aku tanya lain pulak yang keluar dari mulut Shila.

“ Apasal tadi aku nampak kau monyok je,sedih semacam je aku tengok.” Usul Shila yang mula membuat sikap kewartawanan yang tak bertauliah. Walaupun pun macam tu aku tahu dia mengambil berat pasal aku setelah apa yang terjadi 2 tahun yang lepas.

“Aku ok la. Tak ada apa- apa pun”.Tingkah aku seraya menafikan soalan Shila.

“Kau jangan tipu aku la. Aku dah lama kenal kau. Kalau kau tak ada masalah kau takkan monyok macam tadi. Aku pot pet dengan kau bercerita pasal mamat sengal yang tak habis –habis kacau aku, kau boleh mengelamun jauh. Kau teringat dekt dia lagi? Udah-udah la Farah. Lelaki macam tu tak perlu kau nak ingat. Bencilah aku!” ujar Shila sambil membuat mimik muka meluat.Tergelak aku tengok macam kera kena belacan .

“Betul aku ok. Eh nama apa dah mamat yang selalu kacau kau tu?’ tanya aku cuba menukar topik perbualan kami.

“ Hisyam .Kenapa?  Kau nak? Boleh jugak aku kenekan kau dengan dia. Selamat la aku.”

“Boleh tahan jugak idea gila kau ni erk minah. Tak nak aku!Kau la ambil. Apa salahnya . Kau tu  single lagi. Sampai bila kau nak hidup membujang. Yang dah pergi takkan kembali..Aku yakin dia pun tak nak kau sedih.”cadang aku.

Fazrul seoarng lelaki yang berjaya mencuri hati Shila sewaktu belajar di university dahulu tapi sayang jodoh mereka tak panjang apabila Fazrul pergi menemui pencipta dengan kematian mengejut. Dan selepas itu Shila tidak lagi mencintai mana- mana lelaki sehinggalah sekarang.

“Bukan sebab tu lah senget !Kau ni. Aku dah dapat terima kenyataan yang dia bukan jodoh aku. Tapi aku tak suka si Hisyam ni. Tiap-tiap hari hantar bunga, bila aku sampai je kat meja terus nampak bunga. Satu office dah kecoh kau tahu. Malu aku! Mana aku nak letak muka ni. Aku rimas tau tak! Mana aku pergi ada ja muka dia. Nasib baik lah aku datang bercuti kat sini dia tak tahu. Kalau dia tahu, buatnya dia ikut sekali datang sini tak ke aku berkurung dalam bilik ja. Jadi katak bawah tempurung.”

#### Please tinggakan komen anda supaya saya dapat membaiki kelemahan penulisan saya ###



Saturday, 7 December 2013

Sirah 7 - Kenangan Abu Ayub al-Ansari Bersama Baginda SAW


Tak kenal maka tak cinta, begitulah pepetah Melayu memberi kiasan. Saya banyak kali menyebut mengenai Saidina Abu Ayub al-Ansari ini tetapi belum pernah menulis mengenainya lagi. Kesempatan kali ini, mari kita kongsikan sedikit sirah mengenai Abu Ayub al-Ansari

Nama sebenar beliau ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Banu Najjar. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang utama dan paling rapat kepada Nabi SAW.


Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah di dalam peristiwa hijrah, baginda disambut dengan gembira oleh orang-orang Ansar di Madinah. Hati mereka berada bersama-sama baginda dan mata mereka sentiasa mengikuti pererakan baginda dengan rasa penuh cinta dan kebaktian. Mereka ingin memberi baginda sambutan yang amat baik sekali pernah diberikan oleh seseorang.

Pada mulanya, Rasulullah SAW berhenti di Quba yang terletak dekat pinggir kota Madinah dan tinggal di sana selama beberapa hari. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membina sebuah masjid sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur’an:

“Masjid yang didirikan atas dasar taqwa.” (At-Taubah: 108)

Nabi SAW memasuki kota Madinah dengan menunggang untanya. Para pemimpin Madinah berdiri di sepanjang jalan, setiap orang berharap untuk mendapatkan penghormatan dari Nabi SAW agar baginda ingin singgah dan bermalam di rumahnya. Seorang demi seorang berdiri di jalan yang dilalui oleh unta baginda. Mereka semua berkata:

“Tinggallah bersama kami, hai Rasulullah.”

Rasulullah SAW akan menjawab:

“Biarkanlah unta ini berjalan semahunya.”

Unta itu terus berjalan, diikuti dengan rapat para penduduk Madinah. Setiap kali ia melewati sebuah rumah, tuan rumah tersebut merasa sedih dan kecewa manakala orang-orang yang rumahnya menunggu giliran untuk dilalui oleh unta itu sentiasa mengharap-harap agar ia berhenti di depan pintu mereka. Unta itu meneruskan perjalanannya dengan diikuti oleh orang ramai sehingga ia berhenti di atas sebidang tanah di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Namun, Rasulullah SAW tidak turun dari untanya itu.

Selepas beberapa ketika, unta itu berjalan semula, Rasulullah SAW membiarkan tali kekangnya terlepas. Walau bagaimana pun, tidak lama kemudian ia berpusing semula dan berhenti di atas tanah tadi. Hati Abu Ayyub dipenuhi dengan kegembiraan. Beliau keluar mendapatkan Nabi SAW dan menyambutnya dengan ghairah sekali. Beliau mengangkat barang-barang Nabi sambil merasakan bahawa beliau sedang membawa harta yang paling berharga sekali di dunia ini.

Rumah Abu Ayyub memiliki dua tingkat. Beliau telah mengosongkan tingkat atas dan semua milik keluarganya supaya Nabi SAW boleh tinggal di situ. Namun Nabi SAW lebih suka tinggal di tingkat bawah. Malam pun sampai dan Nabi SAW berehat. Tetapi apabila mereka telah menutup pintu, Abu Ayyub menoleh ke arah isterinya lalu berkata:

“Celakalah kita! Apa yang telah kita lakukan? Rasulullah SAW berada di bawah dan kita ada di atasnya! Adakah kita berjalan di atas Rasulullah SAW! Adakah kita menghalang wahyu?! Jika benar, maka binasalah kita!”

Pasangan suami isteri itu menjadi bertambah bimbang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mereka hanya dapat sedikit akal bila mereka bergerak ke tepi rumah supaya tidak betul-betul berada di atas Nabi. Mereka juga berhati-hati supaya berjalan di tepi-tepi sudut lantai dan tidak di tengah-tengahnya. Pada keesokan paginya, Abu Ayyub menemui Rasulullah SAW lalu berkata:

“Demi Allah, kami tidak dapat melelapkan mata sedikit pun malam tadi, begitu juga dengan Ummu Ayyub.”

“Mengapa hai Abu Ayyub?” Tanya Rasulullah, hairan.

Abu Ayyub pun menerangkan kebimbangan mereka kerana berada di atas manakala baginda pula berada di bawah, dan mungkin mereka juga boleh menghalang wahyu.

“Janganlah bimbang, hai Abu Ayyub,” kata Nabi SAW, “Kami lebih suka tinggal di tingkat bawah kerana ramai orang yang akan menziarahi kita.”

“Kami akur dengan kehendak Rasul,” jawab Abu Ayyub.

Abu Ayub ada menceritakan satu kisah:-

“Pada suatu malam yang sejuk, sebuah kendi kami telah pecah dan air mengalir di atas lantai atas. Ummu Ayyub dan aku memandang air tersebut. Kami hanya memiliki sehelai kain baldu yang kami gunakan sebagai selimut. Kami pun menggunakannya untuk mengelap air itu kerana bimbang ia menyerap ke bawah dan terkena pada Nabi SAW. Pada waktu pagi, aku mendapatkan baginda lalu berkata:

`Aku tidak senang berada di atasmu.’

Dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Baginda menerima keinginanku dan kami pun berpindah tempat.”

Rasulullah SAW tinggal di rumah Abu Ayyub selama hampir tujuh bulan sehingga masjid yang dibinanya telah siap di atas tanah tempat unta baginda berhenti. Baginda berpindah ke bilik yang dibina di sekeliling masjid tersebut untuk diri dan keluarganya. Dengan demikian, baginda menjadi jiran Abu Ayyub. Alangkah beruntungnya kerana mendapat jiran semulia itu!


Abu Ayyub sangat mencintai Nabi SAW dengan seluruh hati dan nabi SAW juga amat mencintainya. Tidak ada peraturan rasmi di antara mereka. Nabi SAW terus menganggap rumah Abu Ayyub seperti rumahnya sendiri.

Pada suatu hari, Abu Bakar keluar dari rumahnya di waktu tengahari yang terik lalu pergi ke masjid. Umar terlihatnya lalu bertanya:

“Hai Abu Bakar, apa yang membuat engkau keluar pada waktu begini?”

Abu Bakar mengatakan bahawa dia terlalu lapar, lalu Umar pun turut mengakui dirinya juga kelaparan. Rasulullah SAW terserempak dengan mereka lalu bertanya:

“Apa yang membuat kamu berdua keluar dari rumah pada waktu begini?”

Mereka memberitahu baginda lalu baginda berkata:

“Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya, hanya laparlah yang membuat aku keluar juga. Marilah bersamaku.”

Mereka pun pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Kebetulan, Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurma berdekatan. Beliau mendengar suara Nabi SAW lalu segera datang.

“Selamat datang kepada Rasul dan siapa saja yang bersamanya,” katanya lalu meneruskan, “hai Rasulullah, biasanya engkau tidak datang pada waktu begini.”

Abu Ayyub selalu menyimpan sedikit makanan untuk Nabi setiap hari. Jika Nabi tidak datang, maka Abu Ayyub memberikan makanan tersebut kepada keluarganya.


Abu Ayyub keluar dan memotong setandan kurma yang di dalamnya ada kurma masak dan ada kurma yang setengah masak.

“Aku tidak mahu engkau memotong yang ini,” kata Nabi, “Mengapa engkau tidak bawakan kurma yang masak saja?”

Abu Ayyub berkata:

“wahai Rasulullah, silakanlah makan kurma yang telah masak dan yang setengah masak ini. Aku akan menyembelih seekor kambing untukmu.”

“Kalau begitu, jangan sembelih kambing yang ada susu,” pesan baginda.

Abu Ayyub menyembelih seekor anak kambing, memasaknya separuh dan memanggang yang separuh lagi. Beliau juga meminta isterinya supaya membuat roti kerana isterinya pandai dalam hal itu.

Bila makanan telah siap, ia dihidangkan di depan Nabi SAW dan kedua-dua orang sahabatnya itu. Nabi mengambil sekeping daging, meletakkannya ke atas roti lalu berkata:

“Wahai Abu Ayyub, bawakanlah ini kepada Fatimah, dia tidak makan seperti ini selama beberapa hari.”

Apabila mereka selesai makan dan merasa puas, Nabi SAW berkata:

“Roti dengan daging, busr dengan rutb!”

Kemudian air mata mengalir dari kelopak matanya. Baginda berkata lagi:

“Ini adalah nikmat yang akan ditanyakan kepada kamu pada hari kiamat kelak. Maka jika kamu makan nikmat itu, ucapkanlah bismillah dan bila selesai katakanlah Alhamdulillahillazi huwa ashba’na wa an’ama a laina (Segala puji bagi Allah yang telah mencukupkan kami dan menganugerahkan nikmat ke atas kami). Ini adalah baik.”

Itulah imbasan terhadap kehidupan Abu Ayyub sehari-harian. Beliau juga mempunyai karier ketenteraan yang tersendiri. Banyak dari masanya dihabiskan sebagai seorang pahlawan sehingga dikatakan mengenainya:

“Beliau tidak terlepas dari semua pertempuran yang disertai oleh kaum Muslimin sejak dari zaman Nabi SAW sehinggalah zaman Muawiyah melainkan beliau terlibat semuanya.”


Misi ketenteraan terakhir yang disertainya ialah yang disediakan oleh Muawiyah dan dipimpin oleh anaknya, Yazid untuk menentang Konstantinopel. Pada waktu itu, Abu Ayyub sudah sangat tua, hampir berusia lapan puluh tahun. Tubuhnya kurus kering kerana diserang sakit malaria. Tetapi hal itu tidak menghalangnya daripada menyertai pasukan tentera dan menyeberangi lautan untuk berjihad di jalan Allah. Tidak lama selepas terlibat dalam peperangan itu, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa berundur dari berjihad. Namun begitu, beliau tetap berada di atas kudanya dalam keadaan seperti melekat.

Yazid datang mendapatkannya lalu bertanya:

“Wahai Ayahanda Abu Ayyub, adakah ayahanda memerlukan sesuatu?”

“Hai Yazid, sampaikanlah salamku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka bahawa Abu Ayyub menyuruh kamu supaya menyerbu masuk ke dalam kawasan musuh sejauh yang boleh, bawalah dia dan kebumikan dia di bawah dinding kota Konstantinopel, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang lelaki yang soleh akan syahid dan dikebumikan di bawah dinding tersebut.”

Kemudian beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Tentera Muslimin melaksanakan keinginan sahabat Nabi yang agung itu. Mereka berjaya mengundurkan tentera musuh dalam serangan demi serangan sehingga mereka sampai ke dinding kota Konstantinopel. Di sana, mereka mengebumikan jasad beliau.

Kaum Muslimin mengepung kota tersebut selama empat tahun tetapi akhirnya berundur.

Rupanya, janji Nabi mengenai kemenangan ke atas kota Konstantinople ini benar. Ia disempurnakan oleh Sultan Muhamad al-Fateh.


"Sirah, Perjalanan Menbina Sejarah"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
3 Julai 09, jam 3.12 pagi

Antara Abu Ayub al-Ansari dan Sultan Muhammad al-Fatih..

Antara Abu Ayub al-Ansari dan Sultan Muhammad al-Fatih..



Sahabat Rasulullah saw bagaikan cahaya pelita yang menerangi malam yang gelap. Mereka adalah sumber kepada hadis dan juga pendengar wahyu Allah yang paling awal. Daripada mereka, umat Islam memperoleh kesinambungan ilmu tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Tidak seperti sahabat Nabi Isa as, mereka taat perintah nabi dan langsung tidak mengubah sebarang aturan agama yang diasaskan oleh baginda nabi saw.
Mereka adalah pembela agama dan Rasul-Nya. Mereka tidak gentar dengan kematian malahan mereka amat mengimpikan kematian di medan perang. Bagi mereka, mati di medan perang adalah syahid, dan syahid itu pahalanya adalah syurga.
Ketaqwaan dan kezuhudan mereka tiada tolak bandingnya. Mereka berlumba-lumba untuk mencari keredhaan Allah swt. Masjid sentiasa penuh dengan sahabat-sahabat Rasulullah saw. Situasi seperti itu tidak pernah terjadi kepada umat Muhammad pada masa kini. Bergitulah hebatnya keperibadian sahabat-sahabat Rasulullah saw. Jasa mereka sangat besar dalam perkembangan syiar Islam.
Sahabat Nabi saw banyak yang dikurniakan karamah dan kelebihan. Ia adalah anugerah Allah swt kerana ketaqwaan mereka kepada Allah swt. Terdapat pelbagai kisah yang boleh dijadikan pedoman namun pada kali ini penulis ingin menukilkan satu kisah yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Ia adalah kisah keajaiban sahabat Rasulullah saw, Abu Ayub al-Ansari ra. Untuk pengetahuan semua, Abu Ayub al-Ansari antara sahabat yang dikurniakan keberkatan umur yang sangat panjang selain seorang lagi sahabat Nabi saw, Anas bin Malik ra.

Abu Ayub al-Ansari
Abu Ayub al-Ansari ra adalah sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar. Abu Ayub memiliki nama asalnya iaitu Khalid bin Zaid bin Khulaib. Digelarkan Abu Ayub adalah kerana bagi memuliakan keturunannya. ‘Abu Ayub’ membawa maksud ‘bapa kepada Ayub’.
Beliau yang berasal daripada bani Najjar lahir pada 587M iaitu 16 tahun lewat daripada tahun kelahiran Rasulullah saw. Abu Ayub adalah seorang sahabat yang amat mulia. Beliau dan isterinya adalah sekelompok sahabat Rasulullah saw yang membela kemuliaan Saiyiditina Aisyah ra semasa berlakunya gelombang fitnah yang tercetus selepas peristiwa Peperangan al-Muraisi. Beliau membidas ketua munafik, Abdullah bin Ubai yang bertanggungjawab mengugat kemuliaan ummul mukminin yang dituduh berkhalwat dengan Safwan bin al-Muattol.
Rasulullah saw amat menyayangi Abu Ayub dan keluarganya. Rasulullah saw diriwayatkan tinggal di rumah Abu Ayub selepas berhijrah ke Madinah. Bergitu juga Abu Ayub dan keluarganya. Mereka menyayangi Rasulullah saw sepenuh hati sehingga tidak tersisa walau sedikitpun.

Wasiatnya di Constantinople
Abu Ayub al-Ansari tidak pernah terlepas daripada menyertai sebarang peperangan sejak zaman Rasulullah saw sehingga ke zaman Khulafa ar-Rashidin dan seterusnya menginjak ke zaman Kekhalifahan.
Dalam kempen menyebarkan syiar Islam ke Constantinople, Abu Ayub al-Ansari tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan tersebut berlaku pada 674M semasa pemerintahan dinasti Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 98 tahun. Miskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen tersebut diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah.
Dalam kempen tersebut, Abu Ayub mengalami keuzuran yang sangat teruk. Beliau tidak mampu untuk menggalas pedang bagi meneruskan perjuangan bersama-sama tentera-tentera Islam yang lain. Abu Yazid bin Muawiyyah datang kepadanya dan bertanya,
Adakah tuan mahu apa-apa wahai Abu Ayub?
Sahabat Rasulullah saw yang mulia ini menjawab,
Sampaikan salamku kepada seluruh tentera Islam dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka(tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Constantinople.

Kemudian apabila keadaannya berada dalam keadaan cukup tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan di luar tembok Constantinople. Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima tentera  Umaiyyah:
Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.
Kata-kata akhir daripada Abu Ayub tidak terhenti di situ tapi terus diingati Berita kematiannya semasa kempen di Constatinople tersebar seiring wasiat akhinya. Ia masih diingati dan terus menerus disebar secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyyah.
Berkali-kali pemimpin muslim melancarkan serbuan ke atas kota Constantinople, namun tidak berjaya.




Kota Constantinople ditakluk
Kota Constantinople sentiasa diimpikan setiap panglima. Napoleon Bonaparte(1769-1821) pernah menyatakan bahawa jika beliau mampu menawan Constantinople(pada masa itu dikenali Islambol dan kemudian ditukar nama kepada Istanbul oleh Mustapha Kamal Antarturk), beliau berupaya untuk menawan bahagian Timur dan Barat dunia.
Berkata Napoleon Bonaparte,
If the Earth were a single state, Istanbul would be its capital”
Daripada sudut geografi dan logistik, Constantinople berada di tempat yang amat strategik iaitu di tengah-tengah perdagangan antara timur dan barat. Dan kata-kata Napoleon Bonaparte ada kebenarannya.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa ketika menggali Parit Khandaq,
 “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Ramai sahabat yang mendengar kata-kata karamat Rasulullah saw tersebut termasuk Abu Ayub ra. Hadis ini sentiasa menjadi pemangkin kepada ramai pemimpin Islam termasuk Umar al-Khattab, Muawiyah dan ramai lagi. Namun, Allah swt Maha Berkuasa. Allah swt telah mentakdirkan seorang yang mampu menumbangkan kekuatan dan kesombongan Rom Byzantine. Beliau adalah Sultan Muhammad II al-Fatih. Sultan yang tergolong sebagai sultan paling adil di samping Umar bin Abdul Aziz, Harun al-Rashid, Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Nuruddin Zangki ini telah menawan kota Constantinople pada usia yang cukup muda iaitu 19 tahun. Beliau juga diriwayatkan tidak pernah meninggal solat fardhu dan solat tahajjud sejak beliau baliqh. Benarlah ramalan Rasulullah saw bahawa beliau adalah sebaik-baik raja. AllahuAkbar!
Sultan Muhammad II yang digelar Sultan Muhammad al-Fatih.



Penemuan makam Abu Ayub al-Ansari
Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.
Berikut adalah ucapan wasiat terakhir daripada sahabat Rasulullah saw yang mulia, Abu Ayub al-Ansari. Abu Ayub al-Ansari telah ditunaikan wasiatnya untuk dikuburkan diluar tembok kukuh kota Constantinople.
Cerita makam Abu Ayub di luar kota Constantinople telah menarik minat Sultan Muhammad II. Ingin benar baginda menemui makam sahabat nabi itu. Untuk itu, Sultan Muhmmad II telah meminta nasihat daripada ulama baginda, Sheikh Agha Samsuddin.
Sultan Muhammad II mengetuai pasukannya untuk menawan kota Constantinople pada usia 19 tahun.



Sheikh Agha Samsuddin adalah guru Sultan Muhammad II sejak daripada kecil dan beliau sering memberi nasihat berkaitan agama mahupun politik kepada baginda. Sheikh Agha Samsuddin diriwayatkan memiliki kekaramahan dan keberkatan doa. Ia sesuai dengan jalur keturunannya yang sampai kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Sheikh Agha Samsuddin telah berkata kepada Sultan Muhammad II selepas diminta untuk mengenalpasti makam Abu Ayub al-Ansari,
Bahawasanya aku lihat pada suatu  tempat akan nur, mudah-mudahan kuburnya itu di situlah
Sheikh Agha Samsuddin dan Sultan Muhammad II pergi ke tempat itu dan sejurus dia bertawajjuh(memusatkan perhatian kepada Allah swt), lantas beliau berkata lagi,
Berhimpunlah dengna rohnya, maka bersyukur ia akan daku dengan pembukaan(pembukaan kota Istanbul) ini.
Kemudian Sultan Muhammad II maju ke hadapan kepada tuan gurunya dan berkata,
Wahai tuan guru, saya mahu tuan guru tunjukkan kepada hamba satu alamat yang boleh saya boleh lihat dengan mata dan hati saya.
Mendengar permintaan Sultan Muhammad II, Sheikh Agha Samsuddin kembali bertawajjuh. Setelah beberapa ketika, ia bangun dan berkata,
Gali kamu semua pada tempat ini, iaitu pada bahagian kepala sedalam dua hasta. Nescaya, akan timbullah batu nisan bertulisan dalam bahasa Ibrani.
Tentera Sultan Muhammad II terus bergegas menggali tempat yang ditunjuk oleh Sheikh Agha Samsuddin. Beberapa minit kemudian, tampak dengan jelas sebatang batu nisan bertulisan Ibrani. Beberapa tentera yang memahami bahasa Ibrani yakin bahawa ia adalah makam Abu Ayub al-Ansari.
Makam Abu Ayub al-Ansari.


Kemudian, datang Sultan Muhammad II ke tempat yang dikatakan kubur Abu Ayub al-Ansari. Baginda hampir rebah kerana terlampau takjub tetapi mujurlah pegawai baginda sempat memegang baginda. Sultan Muhammad II kemudian menitahkan supaya dibina masjid di sisi makam sahabat Rasulullah saw tersebut. Masjid tersebut kekal sehingga ke hari ini.
Kisah penemuan kubur Abu Ayub al-Ansari menunjukkan pertemuan rohaniah antara dua tokoh yang berjuang semata-mata mahu mendapat keredhaan Allah swt. Kekaramahan sahabat Rasulullah saw tersebut jelas berlaku daripada peristiwa yang hebat ini. Sepertimana wasiat terakhir Abu Ayub al-Ansari yang menyatakan mahu ‘mendengar’ derapan kuda raja yang Rasulullah saw nyatakan sebagai sebaik-baik raja. Ia mungkin metafora kepada keterujaan Abu Ayub untuk menemui ajal di jalan Allah.
Namu bergitu, kita perlu sedar bahawa orang yang syahid di medan perang sentiasa ‘hidup’ seperti firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 169,
Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. 


Penutup
Kota Constantinople tumbang selepas dibedil dan dikepung oleh 260,000 tentera muslim Turki Othmaniyyah selama 53 hari iaitu pada hari Jumaat, 6 April 1453 sehingga Selasa, 29 Mei 1453. Selepas penawanan tersebut, kota tersebut terus ditukar namanya kepada Islambol yang membawa maksud Islam Keseluruhan.
Sultan Muhammad II telah menjadi simbol Turki dan Islam sehinggalah ke hari ini. Beliau digelar Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Muhammad yang Agung. Sultan Muhammad II meninggal dunia pada usia yang boleh disifatkan cukup muda iaitu 49 tahun. Baginda meninggal dunia pada hari Jumaat, 3 Mei 1481 dipercayai telah diracun oleh doktor baginda sendiri. Jacob Pasha, seorang Kristian daripada Itali yang memeluk Islam. Diriwayatkan bahawa Jacob Pasha telah dihukum pancung oleh kerajaan Turki Othmaniyyah. Sultan Muhammad II telah dimakamkan di Turbe(sejenis bilik pemakaman tradisi Turki Othmaniyyah). Ia ditempatkan di Komplek Masjid al-Fatih.

~ Penulisan artikel ini adalah untuk mengenang pembukaan kota Istanbul yang memulakan kempen pada tanggal 6 April 1453. Pembukaan Kota Istanbul telah menamatkan penguasaan perdagangan rempah kerajaan Kristian Eropah di Selat Bosphorus. Ia juga telah menamatkan sesuatu yang lebih besar iaitu menamatkan kerajaan Kristian Rom Byzantine di timur. Kita benar-benar terhutang budi kepada dua watak penting dalam pembukaan kota Istabul iaitu perintisnya, Abu Ayub al-Ansari dan pembukanya, Sultan Muhammad al-Fatih.

Saturday, 30 November 2013

Pengertian Mati Syahid atau Husnul Khatimah



Tanda-tanda husnul khatimah banyak yang telah disimpulkan oleh para ulama dengan penelitian terhadap nash-nash yang terkait. Disini kami uraikan sebagian tanda-tanda tersebut, apakah mati Syahid hanya bagi yang gugur di medan tempur saja? Tentunya tidak. Ada tiga macam Mati Syahid, yaitu:

1.Mati Syahid dunia akhirat, (tentara yang gugur di medan tempur dalam membela Agama Allah).

2.Mati Syahid Akhirat, (Mati akibat, melahirkan, tenggelam, sakit perut, tertimpa batu atau sejenisnya, kecelakaan dan lain-lain).

3.Mati Syahi Dunia, (perajurit gugur di medan tempur dengan niat membela Agama Allah dan mengharap rampasan perang).

Alhasil, semuanya mendapat derajat/ pahala mati Syahid, hanya saja, paling utama adalah mati Syahid Dunia Akhirat dan jasadnya haram dimandikan dan di shalatkan, adapaun jenis yang lain, sekalipun mendapat derajat/ pahala mati Syahid tetap wajib dimandikan, dishalatkan dan kafani. mari kita simak beberapa Hadist Nabi Muhammad SAW tentang wafat Husnul khatimah dan mati Syahid beserta tanda-tandanya, diantaranya:

1.Wafat dalam keadaan mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah. Hadits riwayat Al-Hakim dll, bahwasannya Rasululah SAW bersabda, Maksud Hadist: “Barangsiapa yang akhir ucapannya Laa ilaaha illallah, maka ia masuk surga.”

2.Meninggal dengan kening berkeringat. Hadits riwayat Buraidah bin Hashib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, Maksud Hadist: “Kematian seorang mukmin dengan keringat di kening.”

3.Wafat pada malam Jum’at atau siangnya. Rasulullah SAW bersabda, Maksud Hadist: “Tidaklah seorang muslim wafat pada hari Jum’at atau malam Jum’at,melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur”.(Ahmad & Tirmidzi).

Disini kita bertanya tanya, bagaimana kalau seorang yang wafat selain hari kamis atau jum’at? Tentunya sama saja, tergantung amalannya selama didunia. Walaupun wafat hari Jum’at/ malam Jum’at, bila perbuatannya buruk hingga menghembuskan nafas yang terakhir, maka tetap akan mendapat siksa Allah. Yakni, wafat hari Jum’at/ malam Jum’at itu bukan jaminan.

Banyak sekali orang-orang yang baik prilakunya, namin ia mati dhari-hari selain Jum’at/ malam Jum’at termasuk Nabi Muhammad SAW wafat pada hari minggu malam senin. Maka dari itu, kita diwajibkan berbaik sangka terhadap orang yang sudah mati.

Hadits riwayat Muslim dalam Shahihnya, bahwasanya beliau SAW, bersabda: Maksud Hadist “Siapakah orang yang syahid menurut kalian?” Para sahabat menjawab,”Orang yang terbunuh di jalan Allah, maka ia syahid.” Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, orang yang mati syahid dari umatku sedikit,” mereka bertanya,”Kalau begitu, siapa wahai Rasulullah?” Beliau SAW menjawab, ”Orang yang terbunuh di jalan Allah, ia syahid. Orang yang mati dijalan Allah, maka ia syahid, Orang yang mati karena sakit tha’un (wabah), maka ia syahid.

Barangsiapa yang mati karena sakit perut, maka ia syahid. Dan orang yang mati tenggelam adalah syahid,”

4.Mati karena tertimpa reruntuhan. Berdasarkan hadits riwayat Bukhari dan Muslim dari Nabi SAW beliau SAW bersabda, Maksud Hadist: “Orang yang mati syahid ada lima, yaitu: Orang yang mati terkena penyakit tha’un, sakit perut, orang tenggelam, orang yang terkena reruntuhan dan orang yang shahid di jalan Allah.”

5.Tanda mati husnul khatimah, khusus bagi wanita, ialah meninggal saat nifas, ataupun meninggal saat sedang hamil. Telah diriwayatkan sebuah Hadits shahih dari Imam Ahmad, dengan sanad Ubadah bin Ash Shamit ra, bahwa Nabi Muhammad SAW menyebutkan beberapa syuhada’, diantaranya, Maksud Hadist: “…Dan wanita yang dibunuh anaknya (kerana melahirkan) masuk golongan syahid, dan anak itu akan menariknya dengan tali pusatnya ke Surga(syahid akhirat)”.

6.Meninggal kerana terbakar dan radang selaput dada. Rasulullah SAW pernah menyebutkan macam-macam orang yang mati syahid, termasuk orang yang mati terbakar. Demikian pula orang yang meninggal lantaran menderita radang selaput dada, yaitu bengkak yang meradang, nampak pada selaput yang ada di bagian dalam tulang-tulang rusuk. Adapun haditsnya diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya.

7.Diantara Hadist yang menjelaskan jenis kematian syahid yang lain yaitu: hadits yang diriwayatkan Abu Dawud dan Annasaa’i, bahawa Nabi SAW bersabda, Maksud Hadist: “Barangsiapa yang terbunuh karena membela hartanya, maka ia syahid. Barangsiapa terbunuh karena membela keluarganya, maka ia syahid. Barangsiapa terbunuh karena membela agamanya, maka ia syahid. Dan barangsiapa yang terbunuh karena membela darahnya, maka ia syahid”.

8.Meninggal kerana sedang bertugas (menjaga wilayah perbatasan) di jalan Allah Ta’ala. Berdasarkan hadits riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, Maksud Hadist: “Berjaga-jaga sehari-semalam (di daerah perbatasan) lebih baik daripada puasa beserta shalat malamnya selama satu bulan. Seandainya ia meninggal, maka pahala amalnya yang telah ia perbuat akan terus mengalir, dan akan diberikan rezeki baginya, dan ia terjaga dari fitnah”. 9.Wafat dalam keadaan melakukan amal sholeh. Nabi SAW, bersabda, Maksud Hadist: “Barangsiapa mengucapkan Laa ilaha illallah karena Allah kemudian amalnya ditutup dengannya, maka ia masuk surga.

Barangsiapa berpuasa karena Allah kemudian amalnya diakhiri denganya, maka ia masuk surga. Barangsiapa bersedekah kemudian itu menjadi amalan terakhirnya, maka ia masuk surga”. (Imam Ahmad dll). Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, bahwa terlihatnya salah satu di antara tanda-tanda itu pada satu jenazah, bukan berarti dia dipastikan menjadi penduduk Surga. Namun diharapkan (baik sangka), itu sebagai tanda baik baginya. bilamana tanda-tanda itu tidak ada pada satu jenazah, maka janganlah menyangka bahwa seseorang ini tidak baik. Semua ini merupakan masalah ghaib yang hanya diketahui oleh Allah Ta’ala.

Sebab-sebab mati hasnul khatimah
Faktor terpenting, yaitu istiqomah melakukan ketaatan dan takut kepada Allah serta segera bertaubat dari perbuatan haram yang melumurinya, hendaknya tidak berkecimpung didalam kemaksiatan (dosa-dosa besar) dengan disengaja, seperti Ghibah, Adu domba, Makan hasil bunga bank (riba’), Berdusta, Sumpah palsu, Saksi palsu, berzina dan lain-lain.

Yang paling Inti hendaknya merealisasikan Tauhid dan Perbuatan yang paling dilarang adalah Syirik (menyekutukan Allah). Maksud Firman Allah: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”. (Annisaa’ : 48).

Biodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan











 Digg1  7  1  8545
Biodata Ahmad Ammar Dan Perjalanan Hidup Hingga Disemadikan | Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akhbar. Siapa yang tidak kenal dengan anak muda yang bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Seorang remaja anak jati Malaysia yang Syahid pada 2 November lalu. Harini Dr Fuh nak share sedikit tentang biodata Ahmad Ammar dan sedikit sebanyak perjalanan hidup Allahyarham Ahmad Ammar sehingga beliau disemadikan. Semoga perkongsian ini membuka mata kita khususnya yang beragama Islam supaya mengikut jejak langkah Allahyarham.
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Kenapa Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki?

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sedikit Catatan Yang Dr Fuh Kongsikan Dari Wall Puan Nur Azlina, Ibu Ammar

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…
Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:
“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka.”…ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.
2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.
Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”
“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”

الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ

- See more at: http://fuh.my/biodata-ahmad-ammar-dan-perjalanan-hidup-hingga-disemadikan/#sthash.wr3wPEkn.dpuf