Nuffnang ads

Tuesday, 14 February 2012

Salam laling-laling,kawan-kawan,abg-abng,pakcik makcik n kakak -kakak semua...hari breakfast aku dgn segelas air kosong and jus orange fruit drink from sunkist brand...wow...pg2 dah minum air oren n segelas air masak...kata org  untuk diet y sihat kena minum dulu air masak dulu baru la diiringi dgn minuman n makanan lain..jom kita kongsi khasiat-khasiat buah oren

Dalam banyak-banyak buah, saya rasa ramai yang suka buah oren. Bukan saja sedap dimakan, jus oren pun memang sedap diminum. Tapi pastikan jus yang asli saja, bukannya yang sudah dicampur dengan gula, apatah lagi gula yang berlebihan. Takut nanti niatnya ingin sihat, tapi akhirnya kena kencing manis pula. Pasa asasnya, semua orang tahu bahawa buah-buahan mengandungi khasiat yang pelbagai. Tapi tahukah anda mengenai khasiat buah oren terhadap kesihatan anda? Vitamin C? Ya, oren adalah sumber yang kaya dengan vitamin C. Namun, bukan itu saja. Tahukah anda bahawa:
  1. Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita.
  2. Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat
  3. Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
  4. Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
  5. Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
  6. Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.
Tips penting:
Kulit buah oren yang bewarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan anda juga. :)

Sunday, 12 February 2012

KeCaNtIkAn WaNiTa SoLeHaH

….
di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya seorang wanita.
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya sentiasa dijaga kerana dia tahu itu harga dirinya.
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas.
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya.
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali diwaktu perlu sahaja.
Bahasa nya bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada.
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkannya.
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya.
Beribadah dengan Tuhan tidak pernah diabaikan bahkan istiqamah pula ibadahnya.
Hubungan dengan jirannya sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.
Ketika berjalan jauh ,dia akan pergi bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya.
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya.
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya.
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya.
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali yang perlu2 sahaja.
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik;
“Abang ke mana? Dari mana? Mengapa lambat balik?Buat apa di sana?”
Tika suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik.
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya.
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya.
Tidak meninggikan suara dengan suaminya.
Kalau dia bersalah cepat sekali dia meminta maaf dengan suaminya.
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan dan dimaafkan saja.
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya.
Itulah kecantikan dan keindahan sebenar seorang wanita.

Manalah hendak dicari wanita semacam ini sekarang???

Ciri -Ciri Calon Pilihan SuAmI

Untuk pagi yang indah ini jom kita baca ciri-ciri calon pilihan suami..

~~~LoVe~~~

hati ku berbunga dalam ku mencintai dia....hati ku merintih merindui dia....hatiku kehausan dahagakn kasih sayangnya..hatiku kesepian jika berjauhan dengan dia...siapakah DIA dalam hati ini..hanya dia saja y tahu..Ayie Yieha Nurul Amiera adakah anda mengetahui siapa dia yang di maksudkan

MOOD

ASSALAMUALAIKUM..friends....pagi2 mood dah kureng...dah down...but why?me sendiri pun tak tahu kenapa...tapi yang pasti   me inginkan keajaipan berlaku hari ini pada me...moga ALLAH memakbulkan permintaan me...

Friday, 10 February 2012

hari yang penuh dgn tanda tanya...bagaimana masa hadapan?bila akan dapat keje tetap?bila akan mengakhiri zaman bujang?bagaimana rupa suami me?bagaimana siakp dia?but most important for this time how about my future?permanent job.....when they will come to me...

Thursday, 9 February 2012

morning everybody

Salam....morning semua...semoga hari ini ALLAH MEMPERMUDAHKAN segala urusan kita hari ini.dan sentiasa di bawah rahmatnya dan lindungan nya sepanjang masa dri segala kejahatan n keburukan y akan dtg dri sekeliling kita